Jenis-jenis
lurang
Terbahagi
kepada 4:
1.
Lurang cetek
2.
Lurang biasa
3.
Lurang dalam
4.
Lurang tirai belakang
1.
Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman
lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz
450mm x 600mm
-Biasanya
dibina pada kedudukan pertama.
2.
Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman
adalah 1500mm
-Ukuran
610mm x 762mm atau 762mm x 762mm
3.
Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman
melebihi 1500mm
4.
Lurang Tirai Belakang
Ciri-ciri:
-Paip
menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran.
-Drop
conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam
lurang
-Sistem
pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan
Pembinaan
Lurang
Lurang
dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang
pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada
setiap kecerunan
-pada
setiap perubahan saiz paip saliran
-pada
jarak maksima 1200mm
-pada
pertemuan paip saluran.
Sistem
pembetungan yang banyak terdapat di Malaysia ialah tangki septik individu.
Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis mempunyai tangki septik inidividu.
Tangki septik individu yang sempurna iaitu mengikut Piawaian Malaysia – MS 1228
mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat dan pada
lazimnya berada di luar kawasan premis sama ada di bahagian hadapan, belakang
atau tepi premis. Adakalanya, tangki septik tersebut berada di dalam premis
yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik
tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki septik
tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun
sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien. IWK menyediakan
perkhidmatan mandatori dan amat penting ini untuk premis-premis
kerajaan.
Lurang
Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah
binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja
penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem
saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang
juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk
"T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama
yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat
daripada keluli bersaiz 18"x24"
Sump
Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang
dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir danlain-lain.
Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda
asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan
pegerakan cecair.
Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dandibina
secara in-situ. Biasanya terletak pada sambungan sistem saliran.
Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai
ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran
keluar.
Culvert
Pengenalan
Culvert adalah konduit yang digunakan atau
dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang untuk mengelakan
tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya dibawah
jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain.
Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke
atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk membina jalanraya diatasnya .
Bahan binaan culvert biasanya diperbuat
daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang, besi atau PVC.
Jenis-jenis Culvert.
1.Box Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk segiempat
-diperbuat daripada konkrit
Fungsi-fungsi:
-Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau
longkang untuk mengelakan tersumbat.
-Menghubungkan jalanraya yang terpisah
disebabkan anak sungai yang kecil atau parit
-Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat
menanggung beban kenderaan berat.
2.Round Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk bulat