Penerangan Ampang

Saturday 7 March 2015



Penerangan ampang
Ampang adalah sebuah daerah yang terletak di Malaysia ianya unik kerana ia dikongsi oleh kedua-dua kawasan pemerintahan yang berbeza iaitu disebelah barat dibawahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala di sebelah timur dibawah negeri Selangor Darul Ehsan.
Asalnya daerah Ampang terletak sepenuhnya di bawah naungan kerajaan negeri Selangor sebelum perjanjian pemisahan Kuala Lumpur dari Selangor bagi membentuk Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Sebelum itu, bandar Ampang (kini dikenali Bandar Lama Ampang) terletak di bahagian negeri Selangor, namun setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan, bandar Ampang di bahagian Kuala Lumpur terletak di kawasan sekitar (Ampang Park dan KLCC pada hari ini), manakala bandar Ampang di bahagian Selangor pula, merujuk kepada Bandar Baru Ampang. Kini daerah ini dipisahkan kepada 2 bahagian yang mempunyai sempadan bersebelahan iaitu: Ampang, Segmen Ampang, Selangor yang juga dikenali sebagai Ampang Jaya, ditadbir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Ampang, Kuala Lumpur, segmen Ampang, Kuala Lumpur ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Asalnya Ampang pra era perlombongan merupakan kawasan penduduk masyarakat Melayu yang kecil, terletak di kaki bukit. Kawasan asal Ampang termasuklah Ampang Jayadan Kampung Melayu Ampang serta kawasan sekitarnya. Pada era itu Ampang ditadbir di bawah penghulu-penghulu kampung dan diletakkan di bawah daerah induk Hulu Langat.
Sebahagian kecil kawasan Ampang, Selangor juga terletak didalam daerah GombakSelangor. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar Kuala Ampang.


0 comments:

Post a Comment

 
e-PEMBENTUNGAN © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions