Penerangan setiawangsa

Tuesday 3 March 2015


Penerangan setiawangsaSetiawangsa adalah jenis petempatan bandar di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan salah sebuah daerah dan kawasan parlimen di Kuala Lumpur. Bentuk muka bumi kawasan Setiawangsa adalah tanah bukit dan tanah pamah.  Setiawangsa dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Puncak Setiawangsa yang terletak di kawasan puncak bukit, Bukit Setiawangsa yang terletak di kawasan tengah bukit dan Taman Setiawangsa yang terletak di kaki bukit. Kawasan ini telah dibangunkan sebagai kawasan kediaman dan kawasan komersil oleh Syarikat Island & Peninsular Bhd. Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, penduduk Setiawangsa dianggarkan berjumlah 133,500.  Komposisi penduduk Bumiputera ialah seramai 83,900 dan bukan Bumiputera ialah 49,600. Setiawangsa mempunyai keluasan seluas 16.94 km kagi persegi.  Lokasi kawasan ini adalah di Timur Laut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Ia dilingkungi oleh kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran iaitu Taman Keramat AU1 yang juga dikenali sebagai Keramat Permai, Taman Keramat AU2, dan Taman Keramat AU3.
Dari segi geografi, perletakan Setiawangsa ialah pada latitud 3011’2” dan longtitud  101044’58” dalam peta Malaysia.  Bentuk muka bumi di Setiawangsa ialah tanah tinggi dan tanah pamah atau tanah beralun.

Peta setiawangsa

 

2 comments:

  1. very detailed. thanks!

    ReplyDelete
  2. Bet On Me Racing At Track My Bet William Hill jeetwin jeetwin 바카라사이트 바카라사이트 112BetKing Casino Review - Expert Analysis - FBCAsino

    ReplyDelete

 
e-PEMBENTUNGAN © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions