Paip Pembentungan

Saturday 7 March 2015





Jenis-jenis lurang
Terbahagi kepada 4:
1. Lurang cetek
2. Lurang biasa
3. Lurang dalam
4. Lurang tirai belakang
1. Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.
2. Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm
3. Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm
4. Lurang Tirai Belakang
Ciri-ciri:
-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran.
-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang
-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan
Pembinaan Lurang
Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.


Sistem pembetungan yang banyak terdapat di Malaysia ialah tangki septik individu. Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis mempunyai tangki septik inidividu. Tangki septik individu yang sempurna iaitu mengikut Piawaian Malaysia – MS 1228 mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat dan pada lazimnya berada di luar kawasan premis sama ada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis. Adakalanya, tangki septik tersebut berada di dalam premis yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien. IWK menyediakan perkhidmatan mandatori dan amat penting ini untuk premis-premis kerajaan.

Lurang
Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L". Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Sump
Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting kayu, daun, sampah, pasir danlain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat melambatkan pegerakan cecair.

Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dandibina secara in-situ. Biasanya terletak pada sambungan sistem saliran.

Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat saliran masuk dan saliran keluar.

Culvert

Pengenalan
Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain.

Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan untuk membina jalanraya diatasnya .

Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang, besi atau PVC.

Jenis-jenis Culvert.

1.Box Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk segiempat
-diperbuat daripada konkrit

Fungsi-fungsi:
-Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat.
-Menghubungkan jalanraya yang terpisah disebabkan anak sungai yang kecil atau parit
-Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat menanggung beban kenderaan berat.



2.Round Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk bulat


Penerangan kawasan kajian

Penerangan kawasan kajian
Setiawangsa mempunyai keluasan seluas 16.94 km kagi persegi.

Prima peninsular merupakan salah satu bangunan yang terdapat di


setiawangsa.  Kawasan bangunan peninsular dikelilingi oleh


bangunan kedai , apartment, bangunan lot kedai. Kawasan tersebut


dibawah selenggaraan loji yang terletak berdekatan kediaman


tentera yang dibawah agensi Indah water hulu Langat, Selangor.


Berikutan merupakan lakaran pendigitan peta kawasan


setiawangsa.



Penerangan Ampang



Penerangan ampang
Ampang adalah sebuah daerah yang terletak di Malaysia ianya unik kerana ia dikongsi oleh kedua-dua kawasan pemerintahan yang berbeza iaitu disebelah barat dibawahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala di sebelah timur dibawah negeri Selangor Darul Ehsan.
Asalnya daerah Ampang terletak sepenuhnya di bawah naungan kerajaan negeri Selangor sebelum perjanjian pemisahan Kuala Lumpur dari Selangor bagi membentuk Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Sebelum itu, bandar Ampang (kini dikenali Bandar Lama Ampang) terletak di bahagian negeri Selangor, namun setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan, bandar Ampang di bahagian Kuala Lumpur terletak di kawasan sekitar (Ampang Park dan KLCC pada hari ini), manakala bandar Ampang di bahagian Selangor pula, merujuk kepada Bandar Baru Ampang. Kini daerah ini dipisahkan kepada 2 bahagian yang mempunyai sempadan bersebelahan iaitu: Ampang, Segmen Ampang, Selangor yang juga dikenali sebagai Ampang Jaya, ditadbir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Ampang, Kuala Lumpur, segmen Ampang, Kuala Lumpur ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Asalnya Ampang pra era perlombongan merupakan kawasan penduduk masyarakat Melayu yang kecil, terletak di kaki bukit. Kawasan asal Ampang termasuklah Ampang Jayadan Kampung Melayu Ampang serta kawasan sekitarnya. Pada era itu Ampang ditadbir di bawah penghulu-penghulu kampung dan diletakkan di bawah daerah induk Hulu Langat.
Sebahagian kecil kawasan Ampang, Selangor juga terletak didalam daerah GombakSelangor. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar Kuala Ampang.


Penerangan setiawangsa

Tuesday 3 March 2015


Penerangan setiawangsaSetiawangsa adalah jenis petempatan bandar di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan salah sebuah daerah dan kawasan parlimen di Kuala Lumpur. Bentuk muka bumi kawasan Setiawangsa adalah tanah bukit dan tanah pamah.  Setiawangsa dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Puncak Setiawangsa yang terletak di kawasan puncak bukit, Bukit Setiawangsa yang terletak di kawasan tengah bukit dan Taman Setiawangsa yang terletak di kaki bukit. Kawasan ini telah dibangunkan sebagai kawasan kediaman dan kawasan komersil oleh Syarikat Island & Peninsular Bhd. Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, penduduk Setiawangsa dianggarkan berjumlah 133,500.  Komposisi penduduk Bumiputera ialah seramai 83,900 dan bukan Bumiputera ialah 49,600. Setiawangsa mempunyai keluasan seluas 16.94 km kagi persegi.  Lokasi kawasan ini adalah di Timur Laut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Ia dilingkungi oleh kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran iaitu Taman Keramat AU1 yang juga dikenali sebagai Keramat Permai, Taman Keramat AU2, dan Taman Keramat AU3.
Dari segi geografi, perletakan Setiawangsa ialah pada latitud 3011’2” dan longtitud  101044’58” dalam peta Malaysia.  Bentuk muka bumi di Setiawangsa ialah tanah tinggi dan tanah pamah atau tanah beralun.

Peta setiawangsa

 

 
e-PEMBENTUNGAN © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions